BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 2, 2010

Berbunyinya jam..

Pada zaman aku sekolah dulu..masa aku berada di tingkatan 5..di mana pada hari tersebut, subjek matematik tambahan..di ajar oleh seorang guru lelaki..tak perlu rasanya untuk aku menyebutkan nama dia..
huhuhuu...ceritanya macam ni..3 hari sebelum kejadian berlaku..adalah sorang kawan aku..budak laki ni..
dalam kelas..jam dia selalu berbunyi..kiranya..konon-kononnya tak boleh tumpukan perhatian lah dalam kelas,,mula lah mulut aku pun berbunyi.." hey naim,,cam kaw sorang lah ade jam,,owang laen tade.."  hurmm..apa lagi,,naim pun menutup loceng jam dia..dan berkata.." jam aku ni ada loceng,,jam kaw ade ke??" aku pun naik berang dan berkata.." ahhhh...kaw!  kaw sorang jelah ade jam..orang laen pun ade gak..tapi tadelah nak menunjuk" tiba pada hari subjek matematik tambahan,,cikgu aku pun masuk..kelas senyap sunyi..macam tak semena-mena semua ada buat salah..cikgu aku pun masuk..terus bagi latihan macam biasa,,kelas aku betul-betul senyap..bak kata orang.."malaikat lalu" ... tengah sedap menyalin..apa yang cikgu bagi kat depan,,tiba-tiba,,jam pun berbunyi..seperti biasa..mulut aku pun berbunyi dan berkata..." weyh! jam sape ni bunyi,,memekak je lah..." tiba-tiba,,kawan - kawan aku semua pandang ke arah aku..dan ketawa..ada yang tersenyum dan ada yang marah..aku tidak faham akan bahasa isyarat yang mereka tunjuk kan pada aku..kemudian aku berpaling ke papan hitam,,dan alangkah terkejut nya aku..!!!!!!!!!!!!!!! aku melihat cikgu aku sedang matikan loceng pada jam nya...dan bahawa itu..jam yang berbunyi tadi adalah kepunyaan cikgu aku...sungguh tebal muka aku ketika itu..masa kian berlalu..setelah selesai cikgu aku memberi tugasan,,dia terus keluar dari kelas tanpa mengucapkan terima kasih..aku pun terus berlari bagai nak gila..pergi dapatkan cikgu aku..untuk mohon maaf..atas kesalahan yang telah aku lakukan tadi dengan tidak sengaja..huuu...apabila sampainya aku di bilik guru..dengan gelabahnya aku..datang ke mejanya..sambil dia tersenyum dan bertanyakan"  ada apa masalah dengan pembelajaran tadi "..dan aku berkata.. tiada..cuma saya ingin meminta maaf pada cikgu,,atas apa yang saya sudah lakukan di dalam kelas tadi..cikgu aku dengan selamba,,berkata,," saya tidak dengar apapun.." tapi aku tahu,,bahawa jauh di sudut hati cikgu itu..terasa,,,
CIKGU MAAFKAN SAYA...

No comments:

Post a Comment